Wednesday, December 30, 2009

2010 dah nak Mai


Brapa jam lagi tirai 2009 akan belabuh dan masuklah tahun baru '2010'. Sempena akhir tahun 2009, setiap lokasi di seluruh negeri tidak terkecuali untuk menyambut tahun 2010 termasuklah aku. Cam tahun2 sebelum ini aku menyambut tahun baru di puncak Genting Highland.Wow memang best giler sekitar bandaraya kuala lumpur dipenuhi ngan Bunga Api. Semuanya nampak klcc, dataran merdeka, bukit jalil mcm 2lah... klu nak tahun mcm mana lawanyer.. aper kata kau org gi lah sambut tahun baru kat genting.. best wow.. Ok.. Kenangan, kisah sedih, suka duka, kita tinggal ataupun campak jer kat mn2 dok gak gali-gali tanam jer balik... Tahun 2010 aku x der lah azam per-per pun. Janji aku layannnnnnnnn......... cuma nak berubah lah...jadi seorg lemah lembut, sopan-santun, suara x kuat ni sbatu dah dgr suara aku..ish..ish.. ehhh..boleh ke aku berubah cam tu....... ah aper2 jerlah...layannnnnnnnnnnnn

Friday, December 11, 2009

Ratu hatiku, adik ku, anak buah & aku
kebun bunga

Anak Buah ngan aku

Cuti-Cuti Malaysia

Dah 3 hari aku masuk keje hari ni hari jumaat boring lah pulak semua kekawan cuti. Dari pagi tadi lagi aku duk add jer blog aku ni, punggung pun dah rasa 'PANAS' kebas pun ada jugak..hahaha.... Banyak sesangat nak aku tulis dlm blog ni.ops.. sebelum aku lupa baik aku citer.. family aku ada dtg dari kampung ramai beb 13 org apa lagi riuh lah umah aku, sebelum ni aku dgn laki aku jer. dia tgk aku, aku tgk dia... hari jumaat tu aku cuti ambil dia org kat kl sentral dan bawa gi shopping kat sogo, Bukit Bintang dan Jalan Tar sebab keesokan (sabtu) tu aku kena hantar dia org pulak ke rumah kakak aku dekat kampung batu muda kena lah stay sana pulak ikut giliran. Petang lepas balik shoping aku bawa pulak dia org gi mandi kat kolam renang dekat umah aku tu.. Bukan main happy anak buah aku semua.....
Pagi-pagi lagi aku kena bangun sediakan sarapan kenalah tunjuk mak saudara yg pandai masak. hehee.. menu pagi tu aku buat 'nasi lemak ciknor' fuhhh..memang cayalah habis nasi lemak diserbu oleh dia org ni... cedap sangat kot? Dah siap kemas2 aku hantar dia org pulak ke umah akak aku tu.. hari esoknya aku bangun awal sebab kita org akan gerak ke cameron highland. Perjalanan tu memang memakan masa yg agar jauhlah mcm2 karenah ada yg nak terkencinglah, terberak, termuntah kau org pun tahukan jln nk naik ke cameron highland tu. Alhamdullilah sampai gak aku kat cameron highland tu kita org sewa kat tanah rata apartment royal lily bolehlah 1 malam rm250 berbaloilah sebab kita org ramai dalam 25 org termasuk bdk2.. Ramaikan itu pun 3 kereta 1 sewa van 1 hari rm70 (paling murah sekali). memang musim sekarang ni cameron highland ni sejuk sgt. kesokan kita org check out kul 12, gi jalan2 di kebun bunga, teh tapi kebun starwberry x sempat ujan lebat sangat. dalam kul 3 ptg kita org gerak balik kl. pendek2 jerlah aku citer...InsyaAllah next year aku akan bawa makayah dan makayah mertua pulak..amin..

Cameron Highland

Udara Yg Segar

Cedap Nyerrr..
Finalis Gadis Melayu
Terakhir siri 2010

Thursday, December 10, 2009

Ambil Mana Berkenan!!!

KurSus Kat PD

Minggu Lepas aku gi kursus kat PD 3 harilah jugak. itupun aku bukan nyer nak gi sangat PD tu tapi disebabkan untuk dapatkan beg aku pergi gak. beg tu x derlah cantik sangat daripada yg mula2 aku pilih sebelum ini. kalu lah aku tahu dapat beg yg bukan aku pilih tu gerenti aku x gi PD. Tapi dah balik pun x der apa yang nak menyesal. kat sana bestttt macam2 aktiviti kita org buat. siap naik banana kat pantai tu, beb!! ada lah dikalangan kekawan2 aku tu tertelan minyak diesel bukan setakat tertelan terminum pun ada...hahha...gurau ajerlah mana ada..walaupun apa2 ada kenangan manis dan pahit time kat sana. aku nak ucapan tima kasihlah kat geng yg 1 kepala dgn aku ct, ita, k.ema, ros, nora, ezza, k.mimi dan k.pah. Kau org layanlah gambar dia org kat atas tu..

Lirik Lagu